Skip to main content
Artikel

𝗞𝗢𝗟𝗔𝗕𝗢𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨 – 𝗚𝗟𝗦𝗕, 𝗣𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗗𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗜𝗡𝗗𝗢𝗡𝗘𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗦𝗔 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗧𝗘𝗥𝗢𝗞𝗔 𝗣𝗢𝗧𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡

By 25 July, 2025No Comments
KUALA LUMPUR, 25 Julai 2025 – MARA komited dalam mengetengahkan potensi sebenar anak syarikatnya, Glocal Link Sdn. Bhd. (GLSB), sebagai peneraju dalam sektor perdagangan am serta sebagai perantara pemasaran yang berkesan di peringkat tempatan dan antarabangsa, khususnya dalam memperkukuh daya saing dan nilai pasaran usahawan di dalam dan luar negara.
Ini diterjemahkan dengan kunjungan hormat daripada pihak PT Permodalan Nasional Madani, Gerakan Desa Emas bersama Glocal Link (M) Sdn. Bhd. (GLSB) yang berlangsung hari ini bersama Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan), En. Zahari bin Aziz, di Ibu Pejabat MARA.
Hasil pertemuan tersebut MARA mengiktiraf program PERMATA sebagai platform strategik untuk menerima produk separa siap dari Indonesia yang kemudiannya akan diproses menjadi produk akhir (finishing goods) di bawah bimbingan MARA sebelum dipasarkan ke pasaran tempatan dan antarabangsa. Selain itu, MARA turut bersedia untuk menjalinkan kolaborasi bersama pihak Indonesia bagi membuka peluang kepada usahawan MARA meneroka pasaran di negara tersebut.
Antara individu yang hadir ialah Dr. Aries Muftie, Pengasas PT PNM & Pengerusi Gerakan Desa Emas; Datuk M. Nizam Mahshar, Setiausaha Agung Koperasi Gagasan Ekonomi Melayu Malaysia Berhad (GEMA), En. Badrul Hisham Bin Baharum, Pengurus Besar Glocal Link (M) Sdn. Bhd, Bapak Ir. Iwan Agustian Fuad, Ketua Umum Yayasan Desa Emas Indonesia, En. Alang Ikhsan, Pengurus Besar Gerakan Desa Emas Malaysia dan Bapak Gita A. Fadilla, Koordinator Wilayah Kota/Kabupaten Cianjur.
Usai sesi tersebut, delegasi telah dibawa berkunjung ke reruai Johor Showcase yang sedang berlangsung dari 22 hingga 25 Julai 2025 di Lobi Medan MARA.
Sebelum itu, delegasi turut melawat beberapa fasiliti dan premis usahawan bimbingan MARA seperti Inkubator Teknologi Makanan MARA (INTEM) di Kepong, Selangor; Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Lenggong, Perak; serta syarikat-syarikat tempatan seperti Syarikat Minyak Afiat, KZ Kraf dan Kuak Hill Resort di Kuala Kangsar dan Lenggong pada 22 hingga 24 Julai 2025.

Sumber : MAJLIS AMANAH RAKYAT
https://www.facebook.com/share/p/19aKUVXjvJ/